Thursday, March 19, 2009

Fahaman Wahabi

Saya berlepas diri dari fahaman yang saya perlahan-lahan ikuti tahun lepas. Saya mahu berlepas diri daripada terpengaruh dengan fahaman Salafi/Wahabi yang meracun diri saya pada awal tahun lepas.
Saya mula mengenali Wahabi dalam tahun lepas selepas kecoh isu penularan fahaman ini di Malaysia. Pada mulanya memang saya akui saya tertarik dengan usaha-usaha untuk menghidupkan sunnah seperti mana amalan di zaman salaf. Tetapi sesudah usaha berterusan menjejak fahaman ini, barulah saya tahu bahawa ianya adalah tidak bertepatan dengan ajaran Islam yang sebenar. Saya mahu kembali kepada golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Saya tidak memaksudkan ajaran ini sesat atau menyeleweng, tetapi, cukuplah jika dikatakan ia tidak sesuai diamalkan di Malaysia sama seperti Syiah dan sebagainya.
Saya bukan seorang yang mengaji agama secara formal, mahupun belajar di pondok-pondok. Saya belajar agama setakat Tingkatan Lima sahaja dan itupun di sekolah sekular kebangsaan. Setelah mengikuti pro dan kontra fahaman ini, dan membandingkan dengan amalan Islam yang diamalkan selama ini, bermazhab Syafie, saya rasakan Wahabi tidak sesuai dengan jiwa saya.
Saya bukan bertujuan untuk menidakkan kebenaran, jauh sekali mengatakan ia tidak betul. Cuma saya ingin terjemahkan kenapa saya ingin berpatah kembali kepada Mazhab Syafie. Sebabnya adalah seperti berikut:
Akidah Wahabi yang berhubung Allah, iaitu soal Allah duduk, Allah di langit, tangan Allah dan sebagainya, membuka minda bahawa ajaran Wahabi adalah seperti pemahaman kepada orang lurus bendul. Dalam bahasa yang mudah akidah Wahabi boleh dikatakan akidah daripada pemahaman yang sangat literal. Berhubung golongan Wahabi yang sangat merujuk kepada Imam Ibnu Taimiyah. Saya terfikir adakah pandangan yang seorang lebih betul daripada pandangan ulamak-ulamak yang ramai. Ulamak-ulamak yang ramai menolak pandangan Ibnu Taimiyah tetapi mengapa perlu ada yang mengagungkannya dan menolak pandangan ulamak yang sepakat hanya kerana ingin mengikut pandangan Ibnu Taimiyah. Jadi pada saya, Wahabi bukan dari Jamaah. Mungkin mereka Ahli Sunnah, tapi mereka tidak bersama Jamaah. Saya tidak akan bercakap pasal agama, saya tidak arif. Saya hanya ingin menyatakan pelepasan diri saya dari mengikut Wahabi sebab selama ini saya menyatakan mengikut Wahabi.
nota : Ada yang mengatakan bahawa TG Nik Aziz pun Wahabi. Tapi bila mendengar kuliah-kuliahnya, saya tidak nampak pula keWahabiannya. Beliau tidak pula mengatakan Allah duduk dsbnya, tidak pula melarang Nisfu Syaaban, tidak pula melarang belajar Sifat 20 dan sebagainya. Wallahu a’lam.




Ini merupakan pandangan salah seorang rakyat dunia.Pandangan ini salah sama sekali. Tapi menurut Dr Asri lain pula pandangannya.Saya juga ada membaca buku Prosiding Seminar Tokoh-Tokoh Mujaddin Islam .Buku ini dikarang oleh Dr. Sulaiman Nordin , Dr Mohd Zawawi Abdullah dan Mohamad Sabri Haron.kekaburan tentang wahabi menjadi semakin kelam apabila cerita-cerita sebenar tidak sampai kepada mereka.Masyarakat sekarang ini hanya tahu menolak saja tanpa meneliti atau mengetahui apa itu wahabi yang sebenarnya.Memang ada yang salah dan benarnya.



Tetapi janganlah anda fikir kumpulan ini mengamalkan prinsip wahabi, Nukilan ini hanya pandangan umum yang saya dengar dari masa ke semasa.



Untuk Pengetahuaan lanjut anda boleh layari website ini.

Pandangan ini daripada Ustaz Asri

http://ahlulbait.blogdrive.com/archive/614.html



Anda juga boleh melihat pandangan Dr.Maza seorang mufti yang tersohor di melalui:
http://www.youtube.com/watch?v=CfurkUctV7E&feature=related

Penubuhan nic

Assalamualaikum


nur Islam club telah ditubuhkan bermula tahun 2006.Persatuan ini mula-mula ditubuhkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq.Pengasas kepada persatuuan ini ialah Nik Mohd Adham bin Che Zainuddin yang juga Presiden kepada nic.Beberapa cawangan telah ditubuhkan iaitu di Imtiaz dungun , MRSM Kuala Berang dan insyaAllah akan ditubuhkan di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS).


Aktiviti :


~ Perbincangan agama setiap minggu

~ Edaran risalah agama

~ Kempen agama

~ Ceramah dan sebagainya.


Setiap ahli akn diberikan no dan kad keahlian mengikut negeri kelahiran.


Sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli nic sila hantarkan e-mel kepada



sertakan juga Nama ,No Tel, Alamat, No I/C sekolah atau syarikat.

Mesej percuma tentang Islam akan dihantar kepada ahli mengikut waktu yang bersesuaian.